Tanda dan simptom bagi Artritis Reumatoid adalah: :
Kebiasannya kesakitan dan bengkak akan dialami pada sendi yang kecil pada tangan dan kaki.Pada keseluruhannya kesakitan dan kekakuan pada sendi dan otot akan berlaku terutamanya selepas tidur dan selepas haid. Penghidap RA juga sukar untuk menggerakkan sendi dan mengalami kehilangan kekuatan atau tenaga pada otot yang di jangkiti.
Otot pada pergelangan tangan,kaki dan buku lali lebih kerap diserang RA.Penyakit ini juga melibatkan siku, bahu, tangan, jari, pinggul, lutut, kaki, buku lali, tumit, tulang belakang, tengkuk dan rahang. Secara umumnya ia akan menjejaskan kedua-dua belah badan pada masa yang sama.
Terdapat ketulan kecil dipanggil nodul rheumatoid, ia mungkin membentuk di bawah kulit siku anda, tangan anda, pada belakang kulit kepala anda, atas lutut anda atau kaki anda dan tumit. Nodul ini boleh berubah saiz - boleh muncul daripada sekecil biji kacang pis kepada sebesar sebiji kacang walnut. Kebiasaannya ketulan ini tidak sakit.
Berbanding dengan osteoarthritis, di mana ia boleh menjejaskan tulang dan sendi, Artritis Reumatoid boleh menyebabkan keradangan pada kelenjar-kelenjar air mata, kelenjar air liur, lapisan pada hati anda dan paru-paru.
Walaupun Artritis Reumatoid kerap terjadi dan merupakan satu penyakit yang kronik, ia cenderung untuk berubah apabila menjadi teruk. Jangka masa aktiviti penyakit bertambah dan ini - dipanggil nyalaan
Fleksibiliti sendi-sendi anda mungkin terhad dengan bengkak atau kecacatan. Tetapi jika anda mempunyai keadaan Artritis Reumatoid yang teruk, anda mungkin boleh mengekalkan fleksibiliti dalam kebanyakan sendi.