Kesakitan adalah pengalaman deria dan emosi yang tidak selesa akibat kerosakan tisu yang sama ada telah berlaku atau berpotensi berlaku atau seperti yang diterangkan apabila kerosakan itu berlaku.
Kelewatan mendapatkan rawatan akan memanjangkan penderitaan dan boleh mengakibatkan kerosakan pada tahap yang tidak boleh dirawat.
Sakit akut adalah sakit yang berlaku untuk tempoh kurang daripada 30 hari.
Sakit akut yang tidak dirawat akhirnya akan bertukar menjadi sakit kronik dan mengakibatkan sakit psikologi. Kesakitan psikologi mengakibatkan kesusahan dan penderitaan yang berpanjangan. Perubahan emosi tidak menentu dan mudah resah. Masalah tidur adalah isu penting dalam aspek ini. Sesetengah pesakit menjadi terpinggir, kurang bergaul dan akhirnya menjadi tertekan.
Penilaian yang teliti adalah penting untuk membolehkan doktor mendapatkan gambaran lengkap tentang kesakitan pesakit pada akhir penilaian. Ini akan dapat membantu dengan pengurusan kesakitan dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup.