Akupuntur adalah revolusi kaedah perawatan yang lebih saintifik. Pada zaman dahulu, sebut sahaja akupuntur, secara spontan orang ramai pasti akan membayangkan perubatan tradisional Cina yang menggunakan jarum-jarum halus untuk "mencucuk kulit" satu keadaan yang sungguh menyakitkan.
Namun sebilangan besar masyarakat Cina mempercayai bahawa ia adalah satu kaedah berkesan bagi mengatasi pelbagai jenis penyakit, setelah di sahihkan berdasarkan amalan dan pengalaman sejak ribuan tahun.
Kaedah tradisional akupuntur adalah cara yang di lakukan oleh masyarakat China untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan masalah tenaga dalam tubuh. Akupuntur juga sering menjadi pilihan apabila pelbagai kaedah perubatan moden dicuba gagal memberi hasil yang sepatutnya.
Perubatan tradisional akupuntur mampu mencegah pelbagai penyakit. Di sebalik kesakitan itu, orang ramai percaya bahawa akupuntur boleh merawat pelbagai penyakit termasuklah "stroke" barah, autisme, asthma dan banyak lagi. Akupuntur telah mengalami beberapa perubahan sejak ia mula dipraktikkan.
Fungsi utama akupuntur ialah mampu mengalirkan semula "Qi" atau tenaga di dalam badan seseorang. Apabila seseorang itu sakit, ia adalah di sebabkan Yin atau Yang iaitu 2 'tenaga' yang gagal di seimbangkan dengan baik. Akupuntur bertindak dengan mengimbangkan semula kedua-dua tenaga itu di dalam badan kita.
Bermula dari zaman primitif hinggalah ke penghujung abad ke-20, kaedah yang di gunakan dalam akupuntur diperbaharui dari semasa ke semasa bagi memastikan ia tidak ditenggelami oleh peralatan-peralatan canggih ciptaan para saintis.
Jarum-jarum halus ini akan di sambungkan pula dengan wayar-wayar elektrik ke mesin akupuntur selaras dengan perkembangan teknologi. Mesin akupuntur ini diimport khas dari negara China. Sebagaimana yang kita ketahui, akupuntur mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti gastrik, sakit tulang, autistic, sakit pinggang, kanser, ketidaksuburan dan lain-lain lagi.Tempoh bagi setiap penyakit dan pesakit adalah berbeza bergantung kepada tahap kesihatan organ lain, sejarah perubatan, usia dan beberapa faktor lain.