Emosi seseorang boleh terganggu disebabkan oleh tekanan. Tekanan boleh dihadapi dalam pelbagai bentuk dalam kehidupan seharian. Untuk mengatasi tekanan pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasinya. Individu yang berada didalam tekanan akan kelihatan resah, ketakutan dan tidak bermaya. Tekanan yang biasa dihadapi oleh kebanyakan individu ialah tekanan kerja, tekanan dalam rumahtangga dan sebagainya.
Tanda-Tanda Seseorang Menghadapi Tekanan |
Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu berada dalam tekanan seperti:
- Anak mata membesar.
- Pendengaran bertambah peka.
- Degupan jantung bertambah laju.
- Pernafasan bertambah laju dari kebiasaan.
- Kurang sihat dan lemah.
- Badan berpeluh dan menggeletar serta muka pucat.
Masalah lain yang berpunca dari tekanan yang tidak terkawal adalah seperti masalah jantung dan psikologi. Ini merupakan kesan jangka panjang yang berpunca daripada tekanan yang tidak ditangani segera.Seseorang individu itu juga boleh mengalami masalah tekanan darah tinggi disebabkan oleh asid lemak dan glukos yang dibebaskan kedalam darah akibat tekanan. Lemak dan kolesterol terhasil daripada asid lemak dan glukos yang dibebaskan. Proses ini menyebabkan aliran darah terganggu dan menyebabkan darah tinggi.
Masalah lain yang berpunca dari tekanan ialah apabila seseorang dalam keadaan tertekan mereka akan mengambil makanan dan minuman yang mengandungi kafein dan beralkohol. Bagi perokok mereka cuba melepaskan tekanan dengan menghisap rokok lebih dari kadar biasa dan ini boleh menyebabkan denyutan jantung meningkat.
Seseorang yang berada dalam keadaan tekanan boleh menyumbang kepada risiko mendapat penyakit jantung.Tekanan yang serius boleh mengakibatkan sistem penyembuhan dan pembaikan terganggu.
Seseorang individu itu perlu bijak menangani tekanan agar tidak mendatangkan kesan jangka panjang yang lebih teruk.Sekiranya kita berada dalam keadaan tertekan kita perlu mengelak dari melakukan aktiviti atau pemakanan yang boleh memburukkan lagi keadaan.