Kecederaan Otak dan Akupunktur serta Perubatan Herba

Kecederaan Otak

Kecederaan otak boleh berlaku disebabkan oleh:

  • Kecederaan secara langsung yang kuat.
  • Kecederaan secara tak langsung yang kuat.

Kecederaan kepala biasa adalah kecederaan ringan. Tetapi, kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan:

  • Berlakunya pendarahan di dalam otak.
  • Pembengkakan tisu otak.
  • Kerosakan otak yang teruk.

Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan otak yang kekal dan juga kematian. Kecederaan kepala boleh dikaitkan dengan kecederaan lain kepada badan, terutamanya leher.

Golongan Yang Berisiko Tinggi Mengalami Kecederaan Otak?

Penunggang dan pembonceng motosikal adalah yang paling berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan kepala.

Golongan lain yang berisiko tinggi adalah:

  • Pengguna jalan raya
  • Pekerja pembinaan
  • Ahli sukan seni mempertahankan diri dan aktiviti luar
Gejala-Gejala Kecederaan Kepala

Pesakit yang mengalami kecederaan kepala mungkin menunjukkan tanda-tanda / gejala seperti:

  • Terlibat dalam trauma atau kemalangan.
  • Bengkak atau luka pada kulit kepala.
  • Mengalami sakit kepala.
  • Penglihatan yang kabur.
  • Muntah.
  • Hilang ingatan.
  • Sawan.
  • Tahap kesedaran yang menurun / pengsan.
Bagaimana saya boleh membantu seseorang yang cedera?

Sesiapa yang disyaki telah mengalami kecederaan kepala perlu dibawa dengan segera ke hospital / klinik.

Di tempat kejadian, alihkan mangsa ke kawasan yang lebih selamat. Angkat mangsa dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk. Jika pesakit tidak sedarkan diri, anggap mangsa mengalami kecederaan pada bahagian leher. Apabila mengangkat mangsa yang cedera, gunakan ‘splint’ untuk mengelakkan pergerakan bahagian tubuh yang cedera. Bantuan kecemasan mungkin perlu dilakukan. Lakukan pertolongan cemas sementara menunggu kakitangan terlatih tiba.

Apakah masalah lain yang boleh berlaku akibat daripada kesan kecederaan kepala?

Kesan daripada kecederaan kepala bergantung kepada keterukan kecederaan yang dialami. Bagi gegaran otak (tidak sedarkan diri dalam tempoh yang singkat selepas berlakunya kecederaan kepala), kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya selepas beberapa jam ataupun hari.

Bagi kecederaan kepala yang teruk seperti yang melibatkan pendarahan di dalam otak, pesakit mungkin mengalami hilang upaya kekal, atau juga kematian.

Bagaimana saya boleh mencegah kecederaan kepala?

Kecederaan kepala boleh dicegah dengan mengelakkan diri kita dari terlibat dalam kemalangan atau sebarang kecederaan.

  1. Mengelakkan kecederaan akibat kemalangan jalan raya:
    • Sentiasa gunakan peralatan keselamatan apabila menunggang atau memandu (cth: Motosikal – memakai topi keledar dengan betul, Kereta – sentiasa memakai tali pinggang keledar)
    • Sentiasa patuhi peraturan jalan raya untuk keselamatan semua.
  2. Mengelakkan kecederaan buat pekerja pembinaan:
    • Sentiasa memakai topi keledar semasa di tapak pembinaan.
    • Sentiasa mematuhi undang-undang keselamatan di tapak pembinaan.

Comments are closed.