Penyebab sakit abdomen atau sakit pelvis?:
Kebanyakan wanita berasa tidak selesa atau sakit pada abdomen bahagian bawah iaitu pada bahagian bawah pusat pada satu masa ke satu masa,sebagai contoh,sebelum atau semasa kedatangan haid.
Pengetahuan anda tentang tanda atau simptom dapat membantu Master menganalisa masalah anda dengan lebih mudah walaupun ianya agak sukar.
Bagi sesetengah kes punca sakit sukar dikenalpasti kecuali anda mengambil tahu ciri-ciri yang tertentu dan membantu untuk mengenalpasti kemungkinan yang akan berlaku.
Punca-punca lazim yang biasa dialami adalah masalah pada sistem pembuangan air kencing seperti satu tiub atau masalah ginjal, usus atau masalah melibatkan sistem pembiakan - Uterus, Fallopian tiub-tiub dan Ovari.
Langkah Yang boleh diambil bagi mengurangkan sakit abdomen yang berpunca daripada sistem pembuangan air kecil (kencing). |
Sakit daripada sistem pembuangan air kecil (kencing) boleh dilihat dalam keadaan seperti sistitis (keradangan pundi kencing), keradangan pada sistem pengumpulan, satu atau kedua-dua buah pinggang (pielonefritis), ketumbuhan buah pinggang atau tumor.
Penyakit yang berkaitan dengan sakit buah pinggang adalah seperti yang berikut. Kehadiran darah dalam air kencing berkemungkinan disebabkan jangkitan, buah pinggang atau pundi kencing. Ia juga boleh disebabkan oleh satu tiub atau tumor(ketumbuhan) pada buah pinggang.
Sakit Abdomen yang berpunca daripada masalah usus. |
Usus juga boleh menyumbang kepada pelbagai gejala dan penyakit. Sembelit dan cirit-birit boleh menyebabkan kesakitan dan penyakit yang dikenal pasti datangnya daripada perubahan dalam peredaran usus itu sendiri. Sakit daripada usus adalah sering kali digambarkan sebagai kembung. Kembung atau bengkak bawah perut boleh hadir dalam pelbagai keadaan usus termasuk sindrom usus rengsa.Untuk tujuan penyelidikan doktor, laporan mengenai laluan darah atau perubahan darah (gerakan gelap) daripada saluran belakang hendaklah di maklumkan kepada doktor anda untuk didiagnosis sekerap yang mungkin.
Penyakit juga boleh berpunca daripada beberapa organ pembiakan. Kebiasaannya kesakitan ini bermula dari uterus (rahim), tiub Fallopian atau ovari. Kesakitan ini biasanya terasa pada bahagian bawah perut, di atas baris bulu pubik di kenali sebagai pusat. Sekali sekala, kesakitan ini lebih cenderung kepada satu-satu bahagian sahaja, iaitu kesakitan boleh berpunca daripada satu ovari.
Kemungkin terdapat ketidakselesaan atau kesakitan semasa perhubungan (di panggil dispareunia). Kesakitan yang datangnya daripada uterus akan menjadi lebih teruk semasa kedatangan haid (dysmenorrhoea). Contoh-contoh organ-organ pembiakan yang menjadi punca atau penyebab kepada peningkatan penyakit ini ialah endometriosis, penyakit inflamasi pelvis, cysts ovari, fibroid dan masalah-masalah ketika peringkat awal kehamilan, keguguran dan juga kehamilan ectopic.
Apabila terdapat sebarang kes mengejut, kesakitan yang teruk, dan sakit abdomen yang tidak dapat diterangkan, wanita itu seharusnya menghubungi doktor dengan segera.
Kesakitan secara mengejut perlu diambil berat kerana kesakitan kronik boleh menyebabkan implikasi serius dan perlu berbincang dengan doktor. Hal ini mungkin disebabkan oleh haid, laluan bagi air kencing dan pergerakan usus. Apabila keadaan seperti loya, muntah, atau demam berlaku ia boleh menyebabkan gangguan kepada emosi seseorang, - keluarga, kawan-kawan, kerja - dan kehidupan seks mereka.
Cara Rawatan Perubatan Alternatif THE TOLE Neuro Akupunktur dan herba untuk Sakit Abdomen. |
Cara Rawatan Alternatif Sakit Abdomen dan Ubatan Alternatif Neuro Akupunktur.
Semua gejala-gejala ini boleh dirawat dengan cara mengambil ubatan yang diberikan menerusi konsep rawatan THE TOLE.
Jangka masa rawatan selalunya bergantung kepada jenis atau keadaan penyakit.Kawasan kesakitan bawah abdomen adalah biasa dan terdapat juga kesakitan yang jarang berlaku disebabkan oleh radang hati,limpa dan usus. Serangan angin pada organ atau kelembapan yang teruk atau keadaan yang sejuk pada bahagian organ tertentu di dalam badan.
Kesakitan di bawah perut boleh dirawat dalam masa 3 hari sehingga 4 minggu bergantung kepada keadaan pesakit.