Pemakanan yang tidak seimbang boleh meningkatkan risiko kanser nasofarinks. Ini kerana tubuh kekurangan beberapa vitamin dan mineral penting. Individu yang sering mengambil sayur-sayuran segar, buah-buahan dan sumber vitamin C lain mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser nasofarinks. Pemakanan adalah perkara yang sangat penting dan perlu dijaga sejak kecil lagi.
Kanser nasofarinks lebih banyak berlaku di kawasan Asia, Afrika Utara dan Kutub Utara berbanding negara Eropah. Oleh itu, pemakanan merupakan aspek yang perlu diberi perhatian untuk mengurangkan risiko kanser nasofarinks.
Berikut ialah senarai makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit kanser nasofarinks:
- Daging merah
- Makanan yang mengandungi kandungan gula (glukosa) yang tinggi
- Makanan yang diawet
- Dan lain-lain
Pesakit kanser nasofarinks digalakkan mengambil sayur-sayuran organik sebagai usaha menyokong kesihatan tubuh. Jika sukar mendapatkan sayur organik, sayur boleh direndam dalam air garam selama kira-kira 1 hingga 3 jam sebelum dimakan.
Penjagaan pemakanan adalah penting apabila ingin mengurangkan risiko dan membantu mencegah kanser nasofarinks daripada menjadi lebih serius.