Setiap bayi yang lahir mempunyai keistimewaan mereka tersendiri. Bagi kebanyakan ibu bapa perkembangan intelek anak-anak amat diberi perhatian terutama apabila berada dalam lingkungan 3 hingga 5 tahun. Dalam lingkungan usia 3 hingga 5 tahun inilah perkembangan atau kecacatan mereka dapat dikenalpasti. Terdapat pelbagai kecacatan atau perkembangan intelek yang lambat bagi sesetengah kanak-kanak. Dalam hal ini beberapa aspek diambil kira antaranya faktor persekitaran, gaya hidup ibubapa dan baka.
Selain dari faktor diatas kanak-kanak yang mempunyai perkembangan yang lembab atau lambat juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain iaitu mengalami penyakit seperti autisme, sindrom down, bayi pramatang atau lain-lain. Bayi pramatang atau dilahirkan dengan berat badan yang kurang dari 2. 5kg, lemas semasa dilahirkan dan menghidap penyakit kuning yang serius juga berisiko tinggi mengalami kelambatan dalam perkembangan mereka.
Antara Ciri-Ciri kanak-kanak Lembab |
Diantara ciri-ciri penyakit atau masalah yang menyebakan kanak-kanak menghadapi perkembangan yang lembab atau lambat.
Autisme
Biasanya kanak-kanak yang menghidap Autisme mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- sering bersendiri dan mudah menangis atau ketawa secara tiba-tiba.
- Boleh bertutur tetapi menggunakan perkataan yang berulang-ulang atau gagap.
- Tidak merasai kesakitan dan tidak mengendahkan bahaya.
- Tidak pandai menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
- Suka melakukan perkara yang merbahaya dan luarbiasa.
- Tiada perhubungan mata semasa berinteraksi dan kadangkala tidak mengendahkan sesiapa yang bercakap dengannya (seolah-olah pekak).
- Keseimbangan fizikal yang sukar dikawal.
- Sukar menerima pelajaran.
- Suka mencederakan diri sendiri.
- Gemar menghisap jari dan menggigit kuku.
Ciri-ciri Sindrom Down:
- Tidak dapat menutup mulut dengan rapat dan sentiasa terbuka.
- Suka menjelir dan mempunyai lidah yang lebih tebal, kasar dan pendek.
- Mata yang sepet.
- Mempunyai bentuk muka yang kecil dan kepala yang leper.
- kanak-kanak ini mempunyai tangan yang agak lebar dan pendek.
- Kanak-kanaksindrom down kebanyakannya gempal dan rendah.
- Mereka mempunyai sikap yang manja dan ceria serta mudah bergaul.
- Sindrom down dapat dikesan seawal dilahirkan.
Ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif:
- Mereka lebih agresif dan gemar melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan.
- bertindak lebih agresif terhadap rangsangan sperti cahaya, bunyi dan warna.
- Mempunyai waktu tidur yang tidak teratur.
- Suka menangis atau ketawa tanpa sebab.
- Tidak dapat memberi tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
- Dapat bertindak secara mengejut tanpa dijangka.
- Mudah meradang atau mengamuk.
- Tidak dapat menyesuaikan diri atau berinteraksi dengan orang lain atau rakan sebaya dengan baik.
Ciri-ciri diatas adalah diantara ciri-ciri dan masalah yang dikenalpasti pada kanak-kanak yang boleh menyebabkan perkembangan terganggu.