| Cerebral  Palsy atau "kelumpuhan otak" merupakan sindrom yang dapat  terjadi pada bayi dan kanak-kanak di awal usia. Perkara ini dapat  ditakrifkan sebagai kelompok postur dan gangguan pergerakan, yang  menyebabkan had aktiviti, dikaitkan dengan gangguan non-progresif  yang terjadi pada bayi atau janin semasa proses mengembangan  otak.
 Biasanya, sindrom cerebral palsy disebabkan oleh  kerosakan beberapa bahagian otak. Kerosakan boleh berlaku selama  tempoh kehamilan, semasa kelahiran atau beberapa bulan selepas  dilahirkan. Selain itu, cerebral palsy boleh terjadi akibat demam  panas.
 
 Di bawah ini merupakan gejala biasa cerebral palsy:
 
               1. Kurangnya kawalan  otot. 
               
                 Mempunyai  	kesukaran dalam berjalan, bercakap, dan mengawal pergerakan mereka  	kerana kerosakan otak.
                2. Memiliki IQ  yang rendah 3. Kecacatan  Tengkorak  4. Kelumpuhan di  satu bahagian tubuh sahaja. 
               
                 Gejala ini  	bergantung pada lokasi dari kecederaan otak.
                 Jika  	kerosakan di sisi kanan, lalu sebelah kiri tubuh akan bergerak. 5. Terketar-ketar dan kekejangan. 6. Hilang kawalan  otot di mulut dan lidah. 7. Memiliki  gangguan pendengaran.  8. Memiliki  masalah penglihatan.  9. Memiliki  masalah gigi.  10. Memiliki  kesulitan mengimbangi badan, masalah menahan kencing serta frekuensi. |