Cuci muka anda dua kali sehari dengan pencuci muka yang lembut. Pastikan anda membasuh kulit anda apabila ia
berpeluh. Jangan menggosok muka anda kerana ia akan menjadikan jerawat anda menjadi lebih teruk.
Penggunaan bahan kimia untuk membuat rambut juga boleh menyebabkan jerawat apabila rambut menyentuh bahagian muka. Oleh itu penjagaan rambut juga perlu dititik beratkan untuk mengurangkan masalah jerawat bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif.
Jangan memicit atau mencungkil jerawat.Ia akan membuatkan jerawat tersebut menjadi lebih teruk dan boleh menyebabkannya terjadinya parut.
Elakkan pendedahan kulit anda pada suhu yang terlalu sejuk atau panas dan cahaya matahari. Cahaya matahari mungkin boleh mengurangkan jerawat anda untuk seketika,tetapi tidak boleh memulihkannya.Terlalu banyak terdedah kepada cahaya matahari boleh membawa kepada kepanasan dan kanser kulit.
Gunakan pelembab yang asasnya adalah air. Krim yang berminyak atau gris dan alas bedak akan menghalang liang-liang roma dan mudah menyebabkan jerawat.
Tiada kajian saintifik yang menunjukkan terdapat makanan yang tertentu boleh menyebabkan jerawat (acne), tetapi anda
harus diingatkan bahawa bintik tersebut akan naik selepas anda makan beberapa benda yang tertentu, jadi anda harus
hindarkan dari memakan makanan tersebut termasuklah makanan yang panas.
Pilihlah sesuatu yang wajar dengan diet yang seimbang, minum banyak air dan selalu bersenam.
Cara Rawatan Ubatan Herba dan Neuro Akupunktur untuk Jerawat (acne) melalui konsep THE TOLE.
Sila e-mailkan kepada kami dan kami akan membantu anda menyelesaikan masalah anda