|
Rawatan Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba |
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa Itu Skizofrenia? |
|
Skizofrenia merupakan sejenis penyakit yang menggangu pemikiran seseorang.Penghidap Skizofrenia biasanya akan mengalami gangguan perasaan dan pemikiran yang boleh mempengaruhi tingkahlaku dan penyakit ini bukanlah didalam kategori penyakit yang berjangkit.
Penghidap Skizofrenia biasanya sering mengalami delusi atau halunisasi pendengaran. Apabila keadaan ini berlaku mereka akan merasakan seperti sedang bercakap dengan seseorang dan keadaan ini akan memberi kesan kepada aktiviti harian mereka. Masalah ini jika tidak dikawal akan memberi kesan yang serius, ini kerana mereka boleh bertindak secara agresif dan diluar kawalan minda mereka. Mereka bukan sahaja boleh mencederakan diri sendiri malahan orang lain.
Bagi penyakit ini faktor usia tidak memainkan peranan. Sesiapa sahaja boleh menghidapnya. Penghidap Skizofrenia yang dikenalpasti seawal usia 12 hingga 45 tahun.Antara tanda-tanda seseorang menghidap penyakit ini ialah :
- Berkelakuan ganjil seperti bercakap dan ketawa sendirian.
- Mengabaikan kesihatan diri.
- Insomia (tidur sering terganggu).
- Tidak dapat memberi tumpuan pada kerja yang dilakukan.
- Merayau dan berkeliaran tanpa arah tujuan sekiranya tidak dikawal.
|
|
Skizofrenia Akut |
Ketika seorang dewasa muda yang sebelumnya sihat tiba-tiba semakin menunjukkan perilaku aneh selama tempoh masa yang agak singkat, mungkin hanya dalam beberapa minggu, mereka boleh dikategorikan sebagai menderita penyakit skizofrenia akut.
Skizofrenia akut boleh terjadi dalam bentuk halusinasi, gangguan fikiran atau keyakinan tidak waras seperti fikiran tidak koheren atau tidak logik dari setiap peringkat keparahan. Orang dengan skizofrenia akut akan mengalami gangguan mood seperti kebimbangan, depresi euforia, atau lekas marah.
Dalam hal lain, pesakit skizofrenia akut akan terlibat dalam tindakbalas emosi yang tidak sesuai. Contohnya, mereka mungkin akan ketawa untuk berita sedih atau mereka akan tampil tidak prihatin terhadap sesuatu majlis penting.
Berikut adalah gejala-gejala lazim bagi pesakit skizofrenia akut:
- Selalu merasa curiga.
- Kurangnya daya penglihatan.
- Mengalami gangguan halusinasi seperti muzik, bunyi-bunyian dan juga suara-suara.
- Lebih mengikut fikiran.
- Mengalami delusi penganiayaan.
- Mempunyai mood yang rata.
Namun, anda harus ingat bahawa tidak semua gejala di atas dialamai oleh semua pesakit skizofrenia akut. |
|
Skizofrenia Kronik |
Skizofrenia kronik akan berlaku apabila seseorang pesakit itu mengalaminya untuk suatu jangkamasa yang panjang. Kebiasaannya, mereka yang menghidapi skizofrenia kronik akan:
- Berkelakuan ganjil.
- Terkeluar dari perhubungan sosial.
- Kurangnya pemanduan diri.
- Kemurungan.
- Tidak bergiat dalam apa-apa aktiviti.
- Penampilan terbiar.
Pesakit skizofrenia boleh menghabiskan masa dengan tidak membuat apa-apa apabila kita meninggalkannya sendiri walaupun untuk jangkamasa yang panjang. Mereka juga mungkin akan seringkali mengulangi aktiviti-aktiviti tidak bermakna mereka dan akan mengabaikan diri mereka dengan teruk.
Sama seperti skizofrenia akut, tidak semua gejala-gejala di atas akan dialami oleh pesakit skizofrenia kronik. |
|
|
|
THE TOLE ACUPUNCTURE & HERBAL MEDICAL CENTRE SDN BHD.
Lot 2.01, 2nd Floor,
Medical Specialist Floor,
Menara KH (Menara Promet),
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel No : +603-21418370 / +603-21451671
Whatsapp (sahaja): +6012-7688284
|
|
|
|
|
Cara paling mudah untuk menghubungi kami, klik di bawah! |
|
|
|
Kami boleh menghantar herba ke rumah anda melalui: |
|
|
|
Kami menerima kaedah pembayaran seperti berikut di pusat akupuntur kami. Untuk Pembayaran Atas Talian, sila gunakan Pemindahan Langsung. |
|
|
|
Majlis Perasmian Pusat Rawatan The Tole |
Pusat rawatan kami telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia iaitu YAB Dato' Lee Kim Sai pada 31 Januari 1993. |
YAB Dato' Lee Kim Sai dan Dato' Leong Hong Tole (D.S.T.M) - [Juga dikenali sebagai MasterTole] |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kongsikan dengan rakan-rakan anda. |
|
Mereka mungkin memerlukan bantuan kami! |
|
|
The Tole telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan.
|
|
|
|
Berita The Star |
|
The Star melaporkan mengenai MASTER tentang akupunktur dan herba pada 5 Feb. 2011 |
|
|
|
|
|
|
|
Hubungi
Rawatan Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba |
THE TOLE
Neuro Acupuncture-HERBAL MEDICAL
CENTRE SDN BHD
Lot 2.01, 2nd Floor, Medical Specialist Floor, Menara KH (Menara Promet), Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel: +603-21418370
+603-21451671
Whatsapp (sahaja): +6012-7688284
* E-mail kepada Master dan Pembantu. Untuk pertanyaan sila e-mail
|
|
|
|
|
Penginapan
Berita Terbaru
Rawatan Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba |
|
KONDOMINIUM UNTUK SEMUA PESAKIT |
|
|
|
|
|
Cara paling mudah untuk menghubungi kami, klik di bawah! |
|
|
|
|