|
|
|
| |
|
| Sakit Kepala (Berkelompok) |
Sakit kepala berkelompok (cluster headaches) biasanya menyerang golongan lelaki pertengahan umur dalam lingkungan 30an keatas. Manakala golongan wanita lebih mudah di serang migrain tipikal.
|
Sakit kepala jenis ini hanya akan menyerang meliputi sebelah bahagian kepala sahaja. Kebiasaannya penghidap penyakit ini akan merasa sakit di bahagian belakang mata dan akan menyerang pesakit secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran atau tanda-tanda awal akan menyerang. Tempoh kesakitan yang di alami biasanya diantara tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri.
Pada kebiasaan, pesakit akan diserang penyakit ini pada waktu yang sama penyakit ini menyerang, pada setiap hari. Ia akan berlarutan sehingga beberapa minggu mahupun boleh menjangkau beberapa bulan lamanya. Penyebab utama penyakit ini berkemungkinan di sebabkan oleh sebelah rongga hidung tersumbat dan mata berair. |
|
| Antara Serangan Sakit Kepala Berkelompok |
Kelompok sakit kepala kerap kali dikaitkan dengan tanda-tanda fizikal dan berikut adalah gejala-gejalanya:-
- Kongesi hidung Ipsilateral dan rinorea (hidung yang pengap dan berair dan pada masa yang sama sebagai sakit sekitar mata)
- mata sentiasa mengeluarkan air
- aliran darah yang tinggi pada membran biji mata
- kelopak mata bengkak
- keadaan penyebab ptosis kelopak mata tertutup
- denyutan jantung cepat
|
| |
| Di antara serangan-serangan ini, orang yang mengalami sakit kepala kelompok selalunya mempunyai pemeriksaan fizikal yang normal. |
| |
THE TOLE ACUPUNCTURE & HERBAL MEDICAL CENTRE SDN BHD.
Suite 4.08- 4.10, 4th Floor,
Medical Specialist Floor,
Menara Promet,
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel No : 603-21418370 / 603-21451671
Fax No : 603-27326878
|
| |