Kecing malam berlaku kerana sesetengah kanak-kanak tidak boleh mengawal pundi kencing mereka lagi. Kencing ketika tidur adalah tindakan di luar kawalan yang disebabkan beberapa faktor. Di kalangan kanak-kanak, ia menjadi masalah jika berlaku satu atau dua kali seminggu sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Selalunya pundi kencing mempunyai kapasiti menyimpan antara 400 hingga 500 mililiter air kencing pada satu masa yang boleh membuatkan kanak-kanak itu kencing di waktu malam jika tidak dapat mengawal pundi kencingnya.
Mengalami masalah kencing ketika tidur terutama di waktu malam adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak. Biasanya di peringkat usia kurang dari 4 tahun kanak-kanak ini masih di dalam proses mengawal pundi kencing namun perkara ini dapat diatasi pada usia yang lebih muda dengan bantuan ibubapa. Perkara ini boleh bertukar menjadi satu masalah sekiranya keadaan kencing malam ini berlarutan 2 atau 3 kali seminggu dan berterusan selama lebih kurang 3 bulan.
Antara faktor yang sering dikaitkan dengan masalah kencing malam ini ialah berkaitan dengan kadar perkembangan dan pertumbuhan badan kanak-kanak tersebut. Biasa kanak-kanak yang mengalami masalah ini mengalami masalah dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka. Faktor lain yang mempengaruhi masalah ini ialah kapasiti pundi kencing yang kecil dan hormon antidiuretik yang sangat kurang. Tekanan samaada dari segi fizikal atau emosi(psikologi) juga turut menjadi penyebab masalah kencing malam ini.
Menurut perubatan moden tiada rawatan yang dapat diberikan untuk mengatasi masalah ini melainkan terdapat jangkitan pada pundi kencing.Namun dengan jadual yang diatur, kanak-kanak ini mampu untuk belajar mengawal pundi kencing mereka.Pada masa ini bantuan dari ibubapa amat diperlukan kerana mereka dalam proses pembesaran dan mula menerima perubahan dalam diri mereka. Peranan yang perlu diambil oleh ibubapa ialah mengatur jadual tertentu dan mengawal mereka sebagai contoh mengarah mereka untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur dan mengejutkan mereka pada waktu tidur.Walaupun ini dianggap menyusahkan tetapi ini merupakan satu cara untuk mengajar mereka agar dapat mengawal pundi kencing.
Faktor Masalah Kencing Malam |
Antara faktor yang boleh menyebabkan masalah kencing malam ini ialah:
- Perkembangan dan pertumbuhan badan yang terbantut.
- Kapasiti pundi kencing yang kecil.
- Terlalu sedikit hormon antidiuretik.
- Faktor psikologi.
- Tekanan.
- Jangkitan pundi kencing.