Apa itu Prostatitis?
Prostat ialah sejenis kelenjar pembiakan lelaki yang menghasilkan air mani. Kebiasaannya barah prostat menyerang kaum adam yang menjangkau usia lewat 50-an. Penyakit barah Prostatitis adalah sejenis penyakit keradangan pada kelenjar prostat. Sel barah ini tumbuh di dalam kelenjar prostat secara perlahan-lahan dan biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal ketumbuhan.
Penyebab barah Prostatitis |
Kajian yang di buat mendapati barah Prostatitis belum di ketahui puncanya. Akan tetapi kemungkinan penyakit ini disebabkan oleh:-
- infeksi bakteria dari saluran kemih.
- infeksi jamur
- virus
- protozoa
Antara gejala yang sering dialami oleh seseorang penghidap barah Prostatitis ialah seperti dibawah:-
- terasa nyilu dibahagian selangkang, daerah antara penis dan anus serta dibahagian bawah punggung.
- gangguan dibahagian saluran kencing di mana penghidap akan kerap membuang air kecil, sukar mengeluarkan air kencing pada peringkat permulaaan dan kencing tidak lawas.
- mengalami masalah ketika persetubuhan dimana penghidap sukar untuk mengeluarkan air mani ketika pancutan.
Mereka yang mengalami pendarahan ketika pengeluaran air kencing atau air mani, mereka kini berada dalam kategori peringkat serius. Ini kerana pada peringkat awal, penghidap tidak akan menunjukkan sebarang gejala.
Rawatan THE TOLE |
Di sini kami menyediakan rawatan untuk mengubati penyakit ini dengan menggunakan kaedah rawatan Akupunktur dan herba. Tempoh masa rawatan adalah bergantung kepada tahap penyakit tersebut. Ubatan herba bertujuan untuk mengurangkan pembesaran kelenjar prostat dan mengimbangi kembali Qi di dalam buah pinggang dan seterusnya mengawal keadaan agar tidak berulang.
|
|