Apakah Sinus Sinusitis?
Sinus Sinusitis adalah apabila membran mukos yang mendapat jangkitan bakteria, virus atau kulat dan membengkak seterusnya menyebabkan ia menghalang pengaliran mukus atau bendalir daripada sinus di dalam hidung dan tekak. Akhirnya ia akan menyebabkan tekanan dan keradangan pada rongga sinus.
Apabila keadaan ini berlaku penghidap akan menghadapi masalah bernafas menerusi hidung. Anda juga akan merasa sakit dan tekanan pada bahagian muka. Anda mungkin mengalami sakit kepala, demam atau batuk yang berlarutan dan anda akan mendapati terdapat gejala alahan hidung seperti gatal hidung apabila anda makan makanan seperti makanan laut.
Jika anda tidak mendapat rawatan Sinus Sinusitis Akut, ia boleh membawa kepada jangkitan yang lebih serius atau keadaan akan bertambah kronik.
Cara Rawatan Ubatan Herba Sinus Sinusitis dan Rawatan Neuro Akupunktur |
Rawatan Sinus Sinusitis
Rawatan Neuro Akupunktur THE TOLE dan Rawatan Ubatan Herba Sinus Sinusitis adalah efektif untuk rawatan Sinus Sinusitis. Ia bergantung kepada berapa lama anda menghidap Sinus dan berapa serius masalah yang dialami. Kebiasaannya soalan lazim diajukan adalah berapa banyak tisu yang anda gunakan,ia bertujuan untuk mengukur sejauh mana tahap penyakit ini dan kekerapan serangan pada satu tempoh masa.
Anda boleh menempah Ubatan Herba Sinus Sinusitis menerusi email dan kami akan menghantar Ubatan Herba Sinus Sinusitis kepada anda.