Apakah kanser pada kelenjar Pankreas?
Pankreas adalah organ yang berbentuk bujur yang terdapat di tengah kawasan atas perut. Kanser pada pankreas adalah hasil pada perubahan sel yang berbahaya, selalunya pada kepala kelenjar. Kanser merebak dari kelenjar limfa ke hati, paru-paru dan peritonium.
Lelaki mempunyai risiko yang tinggi mendapat kanser pankreas berbanding wanita (2:1). Purata umur bagi kanser pankreas ialah 65 tahun.
Apakah Simptom bagi Kanser Pankreas |
- Jaundis (sakit kuning) ialah simptom yang paling biasa ditemui kerana bilirubin,bahan kegagalan sel darah yang rosak,berkumpul di dalam darah. Air kencing yang berwarna kuning pekat, kulit kuning, mata kuning, najis berwarna pucat dan gatal badan.
- Selain dari itu pesakit akan berkurangan berat badan, rasa mual;
- rasa keletihan dan sakit yang menyusuk dalam perut.