Apa itu Alopecia?
Alopecia merupakan satu penyakit keguguran rambut atau lebih dikenali sebagai "Botak Setempat". Keadaan ini berlaku secara pantas tanpa kita menyedari terdapat satu tompokkan kepala yang botak. Biasanya tompokkan botak ini adalah sebanyak 3 inci. Punca utama berlakunya gejala ini adalah disebabkan tekanan ataupun di sebabkan keturunan (herediter).
Botak setempat ini boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. Antara contoh yang dapat dilihat ialah kutu kepala boleh menusuk masuk ke dalam liang rambut. Botak temporer tidak seperti botak (herediter), Botak (herediter) akan sembuh selepas di rawat. Kesan akibat luka yang dalam atau kesan terbakar juga boleh mengakibatkan Alopecia. "Botak" merupakan penyakit yang bersifat menyeluruh umumnya boleh mengakibatkan serangan penyakit tifus. Tompokkan botak adalah di merata tempat.
Terdapat beberapa jenis kebotakan. Antaranya ialah:-
- Alopesia areta
- Alopesia tarikan
- Pseudopelada (Alopecia berparut)
- Tinea Capitis
Alopesia areta
Alopecia areta ialah keadaan rambut yang gugur secara bergumpal dan gugur secara tiba-tiba. Ia disebabkan banyak folikel terlalu cepat memasuki fasa rehat iaitu fasa sebelum rambut gugur. Ia dikategorikan sebagai gangguan autoimun (kecelaruan sistem imun badan yang menyebabkan pelbagai masalah).
Alopesia tarikan
Alopecia tarikan ialah keguguran rambut disebabkan tekanan berlebihan pada setiap helaian rambut, contohnya tarikan terlalu kuat. Jika anda menarik rambut secara kuat ia akan mengakibatkan tekanan. Tekanan berlebihan ini akan menyebabkan rambut tertarik keluar dan ia boleh merosakkan folikel rambut.
Pseudopelada (Alopecia berparut)
Jenis kebotakan Pseudopelada (Alopecia berparut) jarang berlaku. Kebiasaanyan berlaku pada wanita dan kadangkala membabitkan kanak-kanak. Kesan kebotakan akibat keguguran rambut jenis ini boleh dilihat dengan jelas dianggap serius.
Tinea Capitis
Kebotakan jenis Tinea Capitis ini pula adalah kebotakan jenis berkurap. Jangkitan ini disebabkan oleh jangkitan fungus. Fungus adalah sejenis benda hidup yang hidup dengan haiwan perliharaan seperti kucing, anjing, lembu dan lain-lain lagi. Fungus tidak mendatangkan masalah kepada haiwan tetapi mendatangkan masalah jika fungus berpindah kepada manusia.