Apa itu Frontotemporal dementia?
Frontotemporal Dementia adalah satu penyakit otak yang progresif yang menjejaskan bahagian-bahagian khusus otak seperti:-
- bahagian frontal
- temporal anterior cuping otak
Kebiasaannya penghidap penyakit ini dialami lelaki dan wanita dalam lingkungan umur 50an ke atas. Panjang purata penyakit ini adalah sebanyak 7-8 tahun.
Penghidap penyakit ini mempunyai 2 ciri-ciri yang menunjukan dia sedang menghidap penyakit ini. Antara ciri-ciri tersebut adalah:-
- Pertama - tingkah laku/ragam
- Kedua - bahasa (percakapan)
Antara tanda awal ciri-ciri pertama iaitu tingkah laku / ragam ialah seperti berikut:-
- Penghidap akan cepat bosan dan lemah. Penghidap lebih suka menyendiri dan tidak memperdulikan hal yang berlaku di sekelilingnya.
- Penghidap tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
- Penghidap kurang pergaulan sosial.
- Penghidap mempunyai sikap kurang berempati.
- Penghidap akan mengalami satu perasaan yang berlainan terhadap keperluan seksual mereka (nafsu seks kuat).
- Penghidap mengabaikan kesihatan dan kebersihan diri.
- Penghidap akan melakukan sesuatu pekara secara berulang kali dan penghidap sering berada dalam keadaan yang tertekan.
Antara tanda awal ciri-ciri ke dua iaitu bahasa (percakapan) ialah seperti berikut:-
- Penghidap sukar mendapat persefahaman diantara satu sama lain. Penghidap tidak dapat berkomunikasi dengan baik serta penyampaian tidak jelas menyebabkan kesukaran untuk mendapat persefahaman.
- Penghidap juga akan bercakap kasar. Penghidap tidak dapat mengawal percakapan sehingga penghidap tidak sedar percakapan mereka adalah kasar.