Apa itu Sindrom kaki Resah?
Sindrom Kaki Resah boleh berlaku dikalangan mereka yang dianggap normal. Mereka yang mempunyai Sindrom Kaki Resah tidak mampu duduk diam untuk tempoh yang lama kerana mereka merasa perlu untuk menggaru atau menggerakkan kaki mereka. Gangguan Sindrom Kaki Resah boleh dirasai berlaku pada anggota kaki dan juga anggota tangan. Mereka yang mengidap gangguan Sindrom Kaki Resah seringkali turut mengidap Masalah Pergerakan Anggota Berkala. Gangguan Sindrom Kaki Resah akan mengganggu pengidapnya menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk tidur.
Sindrom Kaki Resah mempengaruhi kedua-dua jantina, boleh bermula dengan mana-mana umur dan menjadi teruk apabila anda menjadi tua.
Sindrom kaki resah boleh menganggu tidur-menjadikan hari siang anda mengantuk-dan menjadikan perjalanan anda susah.
Punca dan Simptom Sindrom Kaki Resah |
Simptom yang biasa dirasa adalah rasa "merayap" pada bahagian kaki apabila sedang terbaring kaku, terutamanya pada bahagian waktu hendak tidur. Perasaan "merayap" ini adalah berbeza dengan rasa semut-semut atau kekejangan. Gangguan Sindrom Kaki Resah lenyap sementara dengan menggaru, atau menggerakkan kaki.
Keperluan menggaru dan menggerakkan anggota kaki boleh mengganggu mereka yang mengidap Sindrom Kaki Resah daripada tidur nyenyak. Mereka juga menghadapi masalah untuk duduk diam untuk masa yang lama ditempat-tempat seperti dalam kereta, kapalterbang, bas, menonton wayang dan lain-lain.
kebanyakan orang dengan Sindrom Kaki Resah mendapati susah untuk mendapat tidur dan teruskan tidur. Insomia mungkin menjadikan hari siang anda menjadi mengantuk tetapi Sindrom Kaki Resah akan menghindarkan anda dari menikmati tidur disiang hari.
Rawatan Ubatan Herba Sindrom kaki Resah THE TOLE dan Rawatan Neuro Akupunktur THE TOLE. |
Rawatan Sindrom Kaki Resah:
Cara dan Konsep Rawatan THE TOLE dapat mengatasi masalah Sindrom Kaki Resah
ini dan pada masa yang sama menolong mengawal pengaliran Qi di otak.