Polymyalgia rheumatica (PMR)
Apakah PMR?
Polymyalgia rheumatica (PMR) adalah satu keadaan keradangan rheumatic.
Golongan lelaki dan perempuan adalah berisiko untuk dijangkiti tetapi kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding perempuan.
Polymyalgia rheumatica (PMR) adalah kesakitan secara tiba-tiba dan kekakuan pada waktu pagi, terutama di dalam atau di kawasan sekitar bahu dan peha. Kebiasaannya, pesakit tidak dapat untuk bangun dari tidur tanpa bantuan dan menghadapi kesukaran untuk menaiki tangga.
Rehat yang lama atau kurang aktiviti mungkin boleh meningkatkan kekakuan dan menyukarkan melakukan sesetengah aktiviti seperti memandu.
Rungutan yang biasa yang dinyatakan oleh pesakit ialah merasa tidak sihat dan cepat penat. Sesekali keadaan tersebut akan disertai dengan demam yang sedikit. Sesetengah pesakit akan sedar kehilangan selera makan dan berat.
Dalam keadaan Polymyalgia rheumatica (PMR) yang teruk, keradangan terjadi di dalam arteri di kepala, terutamanya di keliling kawasan pelipis : ia di panggil temporal arteritis.