Berdengkur dan Apnea (OSA)
Apakah berdengkur?
Berdengkur dengan kuat adalah satu tanda terdapatnya masalah pernafasan. Ia terjadi kerana tersumbatnya saluran pernafasan. Saluran udara tidak terbuka dengan sempurna dan bunyi dengkuran adalah disebabkan cubaan udara yang dipaksa untuk keluar daripada ruang yang sempit.
Apakah Halangan Tidur Apnea OSA |
Apnea adalah berdasarkan ejaan singkatan bagi nafas terhenti. Pada umumnya, apnea adalah ketika tidur, otot pada lelangit lembut, lidah dan kerongkong akan berehat. Jika tisu dalam kerongkong anda dalam keadaan rehat, ia akan bergetar dan menghalang laluan udara untuk keluar. Semakin sempit laluan udara ini, laluan udara akan menjadi semakin sukar dan membentuk tekanan tinggi. Semakin tinggi tekanan pada laluan udara, semakin banyak getaran yang dihasilkan untuk menyebabkan dengkuran menjadi lebih kuat.
Antara yang boleh menyebabkan laluan udara menjadi sempit adalah keadaan lelangit lembut yang tebal dan rendah serta pembesaran tonsil.
Penghidap penyakit tersebut juga mengalami masalah kekurangan oksigen ketika tidur pada waktu malam dan keadaan itu menyebabkan pernafasan pesakit akan terhenti seketika sekurang-kurangnya 10 saat.