Apakah sirosis di dalam hati?
Sirosis hati adalah parut pada hati yang melibatkan pertukaran gentian tisu (scar) yang bergabung dengan pemusnahan organ yang normal. Hasil daripada kecederaan yang lama secara amnya hasil dari pengambilan alkohol secara berlebihan tetapi terdapat beberapa punca utama yang lain.
Pemusnahan struktur normal hati dan kehilangan sel hati untuk melindungi hati daripada berfungsi secara normal. Ia berfungsi sebagai bahagian yang penting dalam perkumuhan makanan tetapi juga peranan penting dalam memetabolismakan dadah dan menjadikan protein disimpan dalam darah dan juga menolong pembekuan darah.
Sirosis adalah keadaan yang serius. Hanya 30 peratus pesakit dengan masalah ini dapat hidup selama 5 tahun selepas diagnosis dan tinjauan menunjukkan ia akan menjadi lebih teruk jika puncanya adalah alkohol dan pesakit tetap meminumnya juga.
Apakah yang menyebabkan bengkak yang mejadikan sirosis pada hati? |
Alkohol berlebihan : kadar sirosis di dalam negara adalah berkaitan secara langsung dengan penggunaan alkohol yang biasa di dalam negara. Separuh daripada semua kes-kes tersebut adalah sirosis yang berperanan dengan alkohol berlebihan.
Virus hepatitis yang kronik : dua virus yang penting adalah hepatitis B dan hepatitis C.Cirrhosis adalah bersama dengan hepatitis B lebih dikenali di Afrika dan Asia. Hepatitis C miningkat dalam kedua-dua negara yang penting di Eropah dan US. Hepatitis A (hepatitis berjangkit) tidak menjadi punca kepada sirosis.
Sirosis hempedu primer : ia adalah penyakit yang kurang dikenali yang kebanyakkannya berjangkit pada wanita. Ia tidak berkait dengan alkohol. Untuk beberapa sebab badan akan menyerang hati pada pesakit adalah dengan sirosis hempedu primer.
Auto imun hepatitiss kronik aktif : salah satu keadaan yang luar biasa hasil kepada sistem imun badan yang menyerang dan memusnahkan sel hati.
Dadah dan bahan kimia : dadah yang banyak dan bahan kimia akan menyebabkan kerosakan pada hati tetapi hanya sedikit yang menyebabkan sirosis. Beberapa dadah yang dikenalpasti perlu dipantau untuk kesannya pada hati.
Metabolik dan penyakit yang diwarisi : Ini adalah beberapa keadaan yang tidak dapat dikenalpasti yang menyebabkan pengumpulan toksin-toksin di dalam hati. Yang boleh dikenalpasti adalah hemokromatosis, di mana ia menyebabkan kemasukan besi di dalam hati.
Apakah simptom pada sirosis hati? |
Simptom itu bergantung kepada berapa banyak kerosakan yang berlaku pada hati.
Pada peringkat awal, tiada sebarang simptom kelihatan dan biasanya akan diketahui apabila individu itu melakukan pemeriksaan untuk masalah kesihatan yang lain.
Apabila penyakit itu mulai merebak, kepenatan, lemah, kekurangan tenaga,kurang selera makan, loya dan kurang berat badan akan dapat dirasai oleh individu itu.
Pada peringkat seterusnya, hati akan bersaing untuk menggunakan semua fungsinya dan antara satu atau semua simptom berikut akan hadir.
-
rasa lemah badan
-
hilang selera makan
-
pening dan muntah dan ini menyebabkan berat badan turun
-
hati membengkak
-
gatal badan disebabkan pengumpulan bile di dalam hati
-
jaundice atau kuning pada bahagian kulit dan putih mata
-
masalah berkaitan dengan perut seperti tidak hadam makanan, angin dan sembelit. Masalah tidak hadam lebih kerap berlaku selepas pengambilan makanan berlemak.
-
air kencing gelap, najis menjadi cerah
-
pembentukan batu karang kerana kekurangan bile di dalam gallbladder
-
cecair berkumpul di dalam perut. Ini dikenali sebagai ascites
-
cecair berkumpul di kaki. Ini dikenali sebagai oedema
-
mudah berlaku bengkak dan pendarahan
-
masalah berkaitan dengan haid