|
|
|
|
| Apa itu Lewy Body Dementia ? |
|
Dimentia bermaksud kemerosotan daya pemikiran. Punca individu menghidap dimentia adalah disebabkan proses penuaan. Dalam Lewy Body Dementia, satu struktur bulat yang adnormal- dipanggil Lewy body-menghasilkan kawasan pada otak anda melibatkan pemikiran dan pergerakan.
Lewy Body Dementia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan penyakit Alzheimer dan Penyakit Parkinson.Seperti Alzheimer, ia disebabkan kekacauan.Ia mungkin juga disebabkan tanda-tanda fizikal yang biasa terdapat pada Parkinson-otot yang keras, pergerakan yang perlahan dan getaran.Lewy Body Dementia juga boleh menyebabkan halusinasi.
|
| |
| Simptom Lewy Body Dementia |
Gejala Lewy Body Dementia akan menjadi semakin buruk dari semasa ke semasa. Walaupun gejala tersebut nampak seperti Alzheimer ataupun Parkinson, ada beberapa gejala yang hanya berlaku pada pesakit Lewy Body Dementia sahaja. Gejala-gejala tersebut adalah:
- Penurunan mental atau masalah pembelajaran.
- Gejala ini termasuklah hilang daya ingatan, julat perhatian berkurangan, kewaspadaan berkurangan, dan juga kebingungan sama seperti pesakit Alzheimer.
- Halusinasi visual dan kemurungan yang berulang.
- Ini adalah gejala pertama yang dialami oleh pesakit Lewy Body Dementia. Mereka akan melihat haiwan, warna, bentuk, dan juga manusia sedangkan ianya tidak wujud.
- Kemurungan adalah perkara biasa dalam hal ini.
- Gangguan pergerakan.
- Gejala ini adalah sama seperti penyakit Parkinson. Pesakit Lewy Body Dementia akan menghadapi masalah dalam mengendalikan kerja-kerja harian kerana mereka mempunyai otot yang kaku, pergerakan yang rawak dan bergetar serta pergerakan yang perlahan.
- Kesukaran untuk tidur.
- Ini termasuklah mengigau dan insomnia.
- Perhatian yang tidak seimbang.
- Gejala ini termasuklah ucapan yang tidak teratur, kelesuan, sering mengantuk, dan juga memandang ke ruang angkasa untuk waktu yang agak lama.
- Proses autonomi yang berubah-ubah.
- Proses autonomi yang dimaksudkan adalah seperti sembelit, suhu badan, tekanan darah, kesukaran untuk menela, dan juga kesulitan untuk kencing.
|
| |
| Penyebab Lewy Body Dementia |
Sebenarnya, penyebab khusus penyakit Lewy Body Dementia masih belum diketahui sampai sekarang. Banyak kajian sedang dilakukan untuk mencari penyebab sebenar penyakit ini. Dalam beberapa kes, penyakit ini boleh dikatakan sebagai turun temurun.
Sesetengah pakar Sains beranggapan bahawa penyakit ini mungkin berkait rapat dengan penyakit Alzheimer atau Parkinson dan ia juga mungkin adalah sebahagian daripada penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana penyakit Lewy Body Dementia mengandungi penompokan protein di dalam otak sama juga seperti penyakit Parkinson.
Di samping itu, mereka yang menghidapi penyakit Lewy Body Dementia juga akan mempunyai kedutan dan plak di dalam otak sama seperti penyakit Alzheimer. Di sisi lain, Lewy Body sering dijumpai di dalam otak pesakit Parkinson. |
| |
| |
| |
THE TOLE ACUPUNCTURE & HERBAL MEDICAL CENTRE SDN BHD.
Suite 4.08- 4.10, 4th Floor,
Medical Specialist Floor,
Menara KH (Menara Promet),
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel No : 603-21418370 / 603-21451671
Fax No : 603-27326878
|
|
|