Akupunktur adalah satu daripada perubatan yang tertua didunia yang sering digunakan bagi menyembuhkan penyakit. Ditemui di China pada 5000 tahun yang lalu, dan hanya selepas 3 dekad ia menjadi salah satu daripada perubatan yang terkenal di seluruh dunia. Kini, Pusat Perubatan Herba Akupunktur Sdn. Bhd "The Tole" adalah salah satu Pusat Perubatan yang tertua dan terkenal di Kuala Lumpur Malaysia.
Akupunktur adalah kaedah memasukkan jarum halus, mendorong kuasa elektrik untuk berhubung ke permukaan badan secara teratur serta mempengaruhi fungsi fisiologi ke seluruh tubuh badan.Ilmu perubatan Tradisional Cina percaya bahawa terdapat lebih 2000 titik akupunktur pada aliran tubuh manusia, di mana ia akan berhubung dengan 20 aliran (14 aliran terbesar dan 6 aliran tambahan) yang di panggil meridian. Sebelum ini "The Tole" menumpukan rawatan akupunktur di bahagian telinga, tangan, tapak kaki, kulit kepala dan sekarang di bahagian otak pula.
Meridian akan mengalirkan tenaga atau "qi" (sebutan "chi") di antaranya permukaan badan dan dalaman badan. Setiap titik mempunyai kesan yang berbeza di setiap qi yang melepasinya. Dengan perbezaan kombinasi ini ia akan memberi kesan dan perubahan yang berbeza.
Qi dapat membantu mengatur keseimbangan di dalam badan. Ia adalah pengaruh dari kuasa bertentangan yin dan yang, di mana ia menggambarkan kuasa serta tenaga positif dan negatif yang terdapat di dalam badan manusia serta di alam semesta.Akupunktur percaya dengan menahan keseimbangan yin dan yang, ia akan membenarkan aliran normal dari qi ke seluruh badan dan menyimpan tenaga di minda dan terus ke badan.
Di "The Tole" kami mahir dalam rawatan akupunktur, perubatan herba, Qi Gong, rawatan makanan dan rawatan fisiologi. Setelah melebihi 140 tahun dalam sejarah perubatan di Malaysia, Master Akupunktur di "The Tole", Master (generasi ke empat) lahir dari keluarga yang mewarisi ilmu perubatan tradisional cina yang mahir dan berpengalaman. Beliau di didik oleh bapa dan pakcik beliau seawal dalam kandungan ibunya. Kini, beliau telah menerima banyak pujian di atas bakatnya di dalam bidang ini.
Master telah mencipta keajaiban dan memberi harapan kepada ribuan pesakit di seluruh Malaysia dan luar negara amnya. Sesetengah orang berkata, "IN HIS BLOOD", yang lain pula berkata "DALAM TULANG DIA". Reputasi beliau terkenal di seluruh dunia di atas bakat beliau dalam bidang rawatan ini.