Apa itu Sindrom Terowong Karpal ?
Sindrom ini selalu menyerang mereka yang banyak melakukan kerja menggunakan tangan seperti komputer, menjahit, dan menulis. Ketika itu tangan anda hanya boleh diletakkan pada satu posisi dan sakit serta berasa kebas apabila digerakkan. Kesakitan biasanya bermula dari pergelangan tangan dan rasa kebas menular pada jari telunjuk, tengah dan ibu jari. Bagaimanapun, ada yang berasa kebas hingga ke lengan.
Ia sebenarnya satu ‘terowong’ yang terletak di pergelangan tangan kita. Lantai terowong ini membabitkan tulang kecil dan ligamen yang merentasi pergelangan tangan. Ligamen otot dari lengan yang menggerakkan jari akan melalui terowong ini dan dalam terowong ini juga ada saraf tengah yang memberi deria sentuh dan membolehkan tangan bergerak. Apabila saraf besar tertekan dalam pergelangan tangan masalah akan berlaku. Ini kerana saraf itu mengawal deria sentuh pada ibu jari, jari telunjuk dan hantu. Malah, ia juga mengawal otot pada pangkal ibu jari.
Terowong ini sebenarnya hanya muat-muat untuk menempatkan saraf median dan beberapa tendon. Sebarang aktiviti atau masalah (seperti artritis) yang menyempitkan terowong ini akan menyebabkan edaran darah ke saraf. Ini sebabnya kita akan berasa kebas dan sakit pada jari.Penyakit ini boleh dihidapi oleh semua orang tanpa peringkat umur, tetapi ia lebih kerap terjadi kepada kaum wanita dengan nisbah 3:1 berbanding lelaki. Walaupun penyakit ini tidak berbahaya, anda perlu merehatkan tangan anda apabila berasa kebas. Pada peringkat awal ia tidak menunjukkan pekara nyata, tetapi lama kelamaan pergelangan tangan boleh membengkak, hilang sensitiviti terhadap sentuhan, kebas dan terasa seperti dicucuk-cucuk.
| Faktor risiko |
Walaupun punca sebenar sindrom ini tidak diketahui, saintis percaya beberapa faktor risiko boleh menyebabkannya seperti:-
- Jantina dan Umur
- Obesiti
- Genetik
- Merokok
Antara cara yang boleh diambil untuk mengatasi sindrom ini ialah:-
- Elak melakukan pergerakan seperti menggenggam tangan terlalu kuat.
- Memakai kain pembalut pergelangan tangan untuk mengekalkan kedudukan asalnya ketika berehat, terutama pada waktu malam.
- Orang yang mengalami masalah retensi air dalam badan (termasuk pesakit kencing manis) boleh mengambil ubat diuretik jika pergelangan tangan menjadi bengkak.
Antara simptom Sindrom Terowong Karpal ialah:-
- Kebas dan sakit pada ibu jari, jari telunjuk dan tengah.
- Rasa kebas dan sakit boleh menular hingga ke lengan, terutama jika tanda awal tidak dihiraukan.
- Biasanya ia hanya berlaku pada sebelah tangan, terutama tangan yang banyak membuat kerja.
- Ia bukan masalah serius, kecuali jika sukar memegang barang.
|
| |
Sindrom Terowong Karpal boleh di rawat di Pusat rawatan THE TOLE Neuro Akupunktur. Dengan kepakaran yang ada pada Master, kami yakin anda pasti berpuas hati terhadap perkembangan penyakit anda itu. Selain itu THE TOLE juga menyediakan ubatan herba Cina yang di rumus khas oleh Master mengikut keadaan pesakit itu sendiri.