Bronkitis ialah sejenis keradangan atau penyempitan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) serta hilang fungsi mengembang dan menguncup didalam paru-paru yang disebabkan oleh virus atau bakteria. Kebiasaannya penyakit ini sering berlaku pada kanak-kanak berusia dibawah satu tahun. Jika kanak-kanak itu mempunyai sejarah keluarga yang menghidap lelah, paru-paru mudah menjadi sensitif dan akan senang menghidap penyakit ini.
Sekiranya anak anda mempunyai penyakit ini, jauhkan anak anda dari haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, arnab dan mana-mana haiwan berbulu. Selain itu juga jauhkan anak anda dari permaidani yang memerangkap habuk. Ini kerana penghidap yang menghidap penyakit ini alah kepada benda berbulu dan habuk yang akan menyebabkan kanak-kanak itu mendapat radang paru-paru. Dan sekiranya anda bercadang untuk menghantar anak anda ke tadika/pusat jagaan, pastikan tempat itu selamat kerana kanak-kanak yang di hantar ke tadika/pusat jagaan
mudah mendapat penyakit ini.
Antara faktor yang boleh menyebabkan penyakit ini terjadi adalah seperti berikut:-
- Tabiat merokok - mereka yang menghisap rokok mudah terdedah kepada penyakit ini
- Pencemaran udara - Pencemaran udara dari perindustrian (kilang), pembangunan dan asap kenderaan cenderung menjadi punca kepada penyakit ini.
- Jangkitan paru-paru berulang seperti pneumonia, virus dan tibi boleh menjerumus kepada penyakit ini.
- Penyakit asma juga boleh menjadi faktor penyakit Bronkitis.
- Alahan dan rentetan dari radang hidung atau resdung
- Genetik
Terdapat beberapa tanda yang boleh di kaitkan dengan penyakit Bronkitis ini ialah:-
- Sesak nafas
- Batuk berpanjangan beserta dengan kahak
- Tidak dapat tidor dengan selesa
- Berasa lemas
- Bibir, mulut dan jari menjadi biru
- Sakit kepala
- Pengsan kerana keracunan dalam darah
Penghidap yang menghidap penyakit ini berkemungkinan akan mendapat komplikasi seperti berikut:-
- Mudah mendapat jangkitan paru-paru dan pneumonia
- Kegagalan jantung untuk berfungsi
- Kekurangan oksigen dalam darah menyebabkan jantung, hati, buah pinggang dan otak gagal berfungsi dengan sempurna
- Pengsan secara tiba-tiba.
Di pusat rawatan kami, kami menyediakan rawatan Akupunktur dan herba bagi membantu mengatasi masalah ini.Di The Tole, dengan pengalaman yang ada oleh Master kami boleh membantu merawat penyakit ini. Dengan rawatan akupunktur dan akar kayu (herba) yang di berikan, pesakit yang menerima rawatan di sini biasanya berpuashati. Jangkamasa rawatan bergantung kepada tahap kesihatan pesakit. Bagi setiap pesakit, jangka masa adalah berbeza begitu juga dengan ubatan herba yang di berikan dengan kata lain "Tailor Made". Ubatan herba yang di berikan adalah bersesuaian dengan individu itu dengan formula khusus oleh Master untuk mereka. Oleh sebab itu, mereka perlu berjumpa dan berbincang dengan Master terlebih dahulu sebelum mengambil ubat. Ini adalah untuk menjamin keberkesanan rawatan yang di berikan.