Apa itu bulimia nervosa?
Bulimia adalah satu gangguan atau gangguan pada pola pemakanan iaitu makan dalam kuantiti yang berlebihan dan berusaha memuntahkan kembali makanan yang di makan. Biasanya mereka menggunakkan ubat pencahar untuk merangsang mereka muntah dan melakukan ativiti olahraga secara berlebihan. Mereka yang menghidap penyakit ini tidak dapat dilihat pada mata kasar orang lain. Ini kerana mereka kelihatan normal dan mempunyai bentuk tubuh yang ideal (tidak terlalu kurus dan sebaliknya).
Sesetengah penghidap penyakit ini mudah berilustrasi seperti merasa diri mempunyai banyak lemak, berasa gemuk dan lain-lain lagi yang boleh menganggu kehidupan seharian mereka.
Antara simptom yang dialami oleh pesakit adalah seperti di bawah ini:-
- ketagihan memakan makanan secara berlebihan
- merasa diri tidak dapat mengawal diri ketika sedang makan.
- menggunakan ubat untuk mencegah diri daripada berat badan naik seperti memakan ubat perangsang muntah.
- merasa begitu cemas jika berat badan naik
- diet yang sangat ketat