Terdapat beberapa jenis epilepsi dan setiap satunya mempunyai gejala, punca, dan cara rawatan yang berbeza. Namun, epilepsi terbahagi kepada dua kategori besar. Setiap satu kategori mempunyai pelbagai jenis. Kategori tersebut adalah:
Epilepsi Separa atau Fokal
Sawan jenis ini akan terjadi apabila berlakunya pelepasan cas elektrik di suatu bahagian terhad otak. Ia berlaku pada satu bahagian otak sahaja. Lebih kurang 60% penghidap epilepsi menderita epilepsy fokal. Ia boleh dikaitkan dengan strok, tumor, jangkitan pada otak, atau kecederaan kepala tetapi penyebab sebenar masih belum dikenalpasti.
Gejala-gejala epilepsi separa ini mudah terkeliru dengan gangguan-gangguan lain. Sebagai contoh, persepsi mimpi yang berkaitan dengan kejang separa kompleks mungkin salah didiagnosis sebagai migrain kerana juga menyebabkan keadaan bermimpi.
Epilepsi Umum
Epilepsi umum berlaku apabila terdapatnya pelepasan elektrik yang luas disebabkan oleh aktiviti neuron yang abnormal yang melibatkan kedua-dua belah otak sekaligus. Dengan demikian, ia boleh menyebabkan ketidaksedaran, jatuh, atau kejang otot. Jenis epilepsi ini adalah disebabkan faktor keturunan. |
Namun, anda harus ingat bahawa tidak semua kekejangan boleh dikategorikan sebagai umum atau separa dengan mudah. Ini adalah kerana sesetengah pesakit epilepsi mengalami gejala-gejala yang berbeza. Oleh itu, untuk mendapatkan kepastian bahawa seseorang itu menderita sindrom epilepsi atau tidak, anda haruslah berjumpa dengan pakar yang berpengalaman. |