Apa itu aterosklerosis?
Aterosklerosis ialah sejenis penyakit dimana penyempitan berlaku di saluran darah akibat oleh pengumpulan lemak. Kita sedia maklum bahawa jantung merupakan organ yang bertugas untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien untuk di sebarkan ke seluruh tubuh badan bagi membolehkan sel-sel dalam badan berfungsi dengan sempurnanya. Jika otot jantung tidak dapat menerima oksigen dan nutrien yang mencukupi, ini akan menyebabkan radangan berlaku dan sekaligus seseorang itu akan diserang penyakit jantung.
Bagi denyutan jantung yang normal adalah diantara 80-90 denyutan seminit. Namun sebaliknya berlaku jika seseorang itu menghidap Aterosklerosis, denyutannya lebih cepat sekiranya penghidap melakukan aktiviti lasak dan senaman serta ketika berada dalam keadaan tertekan. Pada kebiasaanya penyakit Aterosklerosis di kaitkan dengan masalah pemakanan yang tidak seimbang. Oleh itu, anda digalakkan mengamalkan pemakanan yang seimbang bagi mengelakan penyakit ini menyerang.
Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada penyakit ini adalah seperti yang berikut:-
- keturunan
- penghisap rokok
- tekanan darah tinggi
- kolesterol tinggi
Antara tanda-tanda seseorang itu menghidap penyakit Aterosklerosis adalah seperti kenyataan dibawah ini:-
- Nafas atau dada menjadi sesak.
- Mengalami masalah penghadaman dan sering sakit perut.
- Sering merasa tidak selesa pada badan dan kerap berpeluh.
- Mengalami pening kepala dan kadangkala pitam.
- Degupan jantung menjadi lebih cepat.
- Muka kelihatan pucat dan badan lemah atau letih.
Antara perkara yang baik dilakukan ialah melalui pencegahan awal bagi mengelakan penyakit ini menyerang kita. Antara langkah pencegahan yang patut dilakukan ialah:-
- Kita mesti berhenti atau menhindarkan diri dari menghisap rokok
- Sebaik-baiknya kita mesti menjauhkan diri dari asap rokok kerana asap rokok juga boleh menyebabkan penyakit ini.
- Anda digalakkan mengamalkan diet yang seimbang seperti memakan makanan yang mengandungi kolestrol dengan kadar yang rendah.
- Akhir sekali lakukan pemeriksaan awal bagi mengelakkan diri anda dari lewat mengetahui sekiranya anda menghidap penyakit ini.