Apa itu Akustik Neuroma?
Akustik Neuroma adalah satu tumor kecil yang tumbuh dalam saraf vestibul, berdekatan dengan saraf pendengaran. Saraf vestibul adalah bertanggungjawab untuk memberi keseimbangan, dan saraf pendengaran adalah bertanggungjawab untuk pendengaran. Ia juga di kenali sebagai "Tumor Telinga".
Sistem saraf terdiri daripada otak dan saraf tunjang yang mempunyai pertalian dengan pelbagai tisu badan. Saraf-saraf didalam badan kebanyakannya bersambung dengan saraf tunjang dimana menjalankan tugas melalui ruang di dalam vertebra, lalu ke otak. Terdapat 12 pasang saraf yang secara tidak langsung berhubung dengan saraf di bahagian tergkorak kepala manusia.
Saraf kranium kelapan (sebenarnya dikenali sebagai saraf 'vestibulocochlear') dimana bertindakbalas terhadap sesuatu refleksi. Satu bahagian saraf menghantar maklumat bunyi ke otak dan lagi satu menghantar maklumat dari otak kepada saraf.
Kajian Mengenai Akustik Neuroma |
Akustik Neuroma berlaku hanya sekali dalam setahun daripada 100,000. Bagaimanapun penyakit Akustik Neuroma tidak mendatangkan gejala yang kronik. Ia hanya di jumpai di kalangan 3 peratus orang tua sahaja. Penyakit ini tidak mempunyai gejala yang spesifik selain daripada keturunannya.
Akustik Neuroma selalunya merebak dengan perlahan dalam tempoh beberapa tahun dan boleh merebak ke tisu otak apabila ia semakin membesar. Tumor yang lebih besar boleh merebak lagi ke kawasan (saraf kranium kelima atau saraf 'trigeminal') dimana ia boleh merebak pada bahagian saraf muka yang penting.
Simptom Penyakit Akustik Neuroma |
Sebahagian besar pesakit akan mengalami gejala kurang pendengaran pada sebelah telinga. Hilang pendengaran ini adalah kedengaran bunyi dalam telinga yang tidak tahu dari mana punca datangnya bunyi itu. Tanda-tanda awal ini terjadi kadang kala disebabkan oleh faktor penuaan dan juga disebabkan kelalaian pesakit yang lambat mendapatkan rawatan.
Disebabkan Akustik Neuroma bermula pada bahagian dalam saraf kelapan, seseorang pesakit mungkin mengalami kegoyahan pada bahagian saraf yang mengalami ketumbuhan yang merebak. Ketumbuhan yang lebih besar boleh merebak terus ke saraf trigeminal menyebabkan muka kekebasan dan menyengat.
Gejala-gejala teruk seperti sakit kepala, kekeliruan yang mengejutkan dan mental boleh menunjukkan berlakunya penambahan tekanan intrakranium. Perhatian segera diperlukan kerana ini tekanan ini boleh mengancam nyawa.
Jika anda mengalami mana-mana gejala-gejala ini, kami menggesa anda untuk berunding dengan pakar supaya satu diagnosis dapat dimantapkan. Jika Akustik Neuroma dapat dikesan lebih awal langkah awal perlu diambil bagi mendapatkan kesihatan yang berpanjangan.
Punca terjadinya Akustik Neuroma (hilang pendengaran). |
1. Kecederaan telinga.
2. Telinga menjadi buruk akibat jangkitan kuman.
3. Menggunakan telefon bimbit untuk jangka masa yang lama dalam satu hari.
4. Masalah-masalah saraf.
5. Masalah semula jadi.
6. Usia yang sudah tua.
7. Ketumbuhan otak.
8. Masalah ginjal, lemah atau kecederaan.
9 Beberapa masalah lain tidak dapa dikenal pasti.
Kesemua ini telah berada di bawah penyelidikan kami dan kami telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan.
|