Apakah Angin Ahmar atau Stroke?
Angin ahmar atau strok terjadi apabila sebahagian daripada otak mengalami kerosakan atau gangguan akibat daripada kekurangan bekalan darah ke bahagian otak. Pengaliran darah terganggu kerana arteri otak telah tersumbat atau pecah.
Arteri yang tersumbat akan menyebabkan penyakit angin ahmar iskemia atau infarksi.
Serangan Angin ahmar akan menunjukkan tanda gejala-gejala yang wujud lebih dari 24 jam, ia adalah kejadian di mana boleh mengancam nyawa atau kejadian yang boleh menyebabkan kecacatan. Jika gejala-gejala tersebut berlaku sementara dan wujud kurang dari 24 jam, ia dikenali sebagai TIA. TIA hanya wujud di antara 10 hingga 30 minit.
Apakah kesan bagi Angin Ahmar? |
Antara kesan-kesan yang diakibatkan oleh angin ahmar adalah lumpuh, kekebasan, tekanan, pneumonia, apraksia (tidak boleh melaksanakan apa yang dipelajari), kesukaran menjalankan kegiatan seharian, tidak mempunyai selera, kehilangan penglihatan dan kesakitan. Koma atau kematian boleh terjadi apabila serangan angin ahmar menjadi teruk.
Antara faktor-faktor risiko bagi angin ahmar adalah: |
- Penyakit Jantung
- Tekanan darah tinggi - faktor yang penting yang boleh diubah dan dikawal
- Merokok - boleh menyebabkan kerosakan pada jantung
- Pengambilan alkohol yang berlebihan - meningkatkan tekanan darah