Apa itu Dementia?
Dementia adalah sejenis masalah penyakit yang berkaitan dengan daya ingatan yang disebabkan oleh kematian sel-sel otak secara abnormal. Dementia bermaksud kemerosotan daya pemikiran. Punca individu menghidap Dementia adalah disebabkan oleh proses penuaan atau peningkatan usia dan boleh dikategorikan dalam golongan orang yang uzur. Proses kematian sel-sel otak menyebabkan otak mula mengecut dan sekiranya proses ini lebih cepat terjadi maka seseorang itu mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidap Dementia. Dementia juga boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti angin ahmar, Alzheimer dan Parkinson. Penyakit ini sering dikaitkan dengan Dementia kerana ianya melibatkan fungsi otak.
Penyakit Dementia sering dikaitkan dengan orang yang agak berusia. Dementia atau lebih di kenali sebagai nyanyuk adalah masalah yang berkaitan dengan fungsi otak dan masalah ini juga berisiko tinggi dihidapi oleh golongan muda dan kanak-kanak. Kekurangan vitamin dan hormon juga boleh menjadi penyebab Dementia berlaku seperti kekurangan vitamin B12 dan hormon tiroid.
Antara tanda-tanda awal yang menunjukkan seseorang itu berkemungkinan mendapat penyakit Dementia ialah:-
- mengalami hilang ingatan atau lupa - mereka mampu mengingati kisah silam akan tetapi keadaan ini hanya sementara dan ingatan itu akan luput juga dari ingatan mereka.
- pegerakan mereka - pergerakan mereka semakin lemah dan lambat seperti mereka membuang air kecil atau besar dimerata tempat. Ini di sebabkan oleh kemerosotan fungsi otak.
- hilang pengetahuan asas dan hilang rasa malu - mereka akan hilang pengetahuan asas seperti masalah pertuturan dan tahap pemahaman semakin berkurang.