DVT adalah darah beku yang terbentuk dalam pembuluh darah dalam (deep veins) dan selalunya terjadi pada kaki. Darah beku boleh pecah, sampai ke paru-paru dan menyekat arteri.
Paru-paru merupakan organ penting bagi manusia untuk proses pernafasan. Secara konsisten darah akan dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam proses ini paru-paru akan membenarkan darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida. Seterusnya darah yang mempunyai oksigen yang banyak akan di sebarkan ke seluruh badan melalui arteri manakala darah yang mempunyai oksigen yang kurang akan di hantar kembali ke jantung oleh pembuluh darah. Oleh sebab itu apabila darah beku yang terbentuk dalam pembuluh darah boleh menyebabkan sekatan berlaku dalam paru-paru kerana pembuluh darah bukan sahaja menghantar darah yang kekurangan oksigen malahan turut menghantar darah yang membeku. Sekatan ini biasanya terjadi pada arteri yang bersaiz kecil, ini kerana semua darah dalam tubuh badan akan melalui paru-paru setiap kali diedarkan.
Golongan yang berisiko tinggi menghidap DVT |
- Kebiasaannya mereka yang tidak aktif mudah terdedah kepada pembekuan darah contohnya perjalanan yang mengambil masa yang lama dan memerlukan seseorang itu duduk dalam tempoh yang lama (melebihi 6 jam).
- Pesakit kronik atau selepas pembedahan yang hanya berbaring dalam keadaan yang lama. Sebagai contoh selepas pembedahan untuk melahirkan anak, kanser seperti ovari atau pankreas.
- Wanita putus haid yang memiliki sejarah kanser payu dara.
- Mereka yang terlebih berat badan kerana golongan itu dikatakan menghasilkan lebih sel leptin (hormon yang dihasilkan sel lemak dalam tubuh).
- Estrogen dalam pil perancang juga memberi risiko yang tinggi terutama bagi mereka yang merokok dan obesiti.
Simptom - simptom penghidap DVT |
- Penghidap akan merasa mudah penat dan mengalami sakit dada.
- Denyutan nadi bertambah.
- Kerap mengalami batuk dan kadangkala batuk berdarah.
- Sakit pada betis dan pangkal peha.
- Nafas menjadi pendek.
Rawatan THE TOLE - Malaysia
Rawatan Neuro Akupunktur dan herba THE TOLE boleh membantu mengatasi masalah ini. Di The Tole, dengan pengalaman yang ada oleh Master kami mampu membantu anda. Dengan rawatan akupunktur dan akar kayu (herba) yang di berikan, pesakit yang menerima rawatan di sini biasanya berpuashati. Jangkamasa rawatan bergantung kepada tahap kesihatan pesakit. Bagi setiap pesakit, jangkamasa adalah berbeza begitu juga dengan ubatan herba yang di berikan dengan kata lain "Tailor Made". Ubatan herba yang di berikan adalah bersesuaian dengan individu itu dengan formula khusus oleh Master untuk mereka.Ini adalah untuk menjamin keberkesanan rawatan yang di berikan.