Master TOLE (Generasi keempat), yang datang dari keturunan yang mengamalkan perubatan herba cina. Empat generasi ini telah mempraktikkan rawatan herba ini di Kuala Lumpur selama 140 tahun. Keluarga Master, terutama sekali bapa beliau telah mendidik tatatertib dan cara rawatan Herba ini ketika beliau masih muda kerana Master dilihat mempunyai bakat yang terpendam dalam rawatan Akupunktur. Sesentengah orang mengatakan kebolehan Master ini merupakan keturunan keluarga Master itu sendiri. Ramai orang mencari Master untuk mendapatkan rawatan Akupunktur.
Pada 1992, dua orang wakil perubatan Neuro Akupunktur daripada Suzhou dan seorang ahli perubatan dari Beijing telah berkunjung ke Malaysia untuk menuntut ilmu perubatan cina disini. Sepanjang lawatan mereka disini, mereka merasa hairan melihat pengetahuan dan cara perubatan yang diamalkan oleh Master . Cara rundingan Master dengan pesakit dan petua perubatan yang diamalkan untuk merawat penyakit luar biasa yang boleh sembuh membuatkan mereka benar-benar terpegun.
Master telah memberi penjelasan yang mendalam mengenai cara rawatan bagi memulihkan penyakit itu dengan beberapa cara yang khusus. Mr. Chou Yang, setiausaha perubatan dari Suzhou berkata; Sesetengah daripada astrologi dan ilmu rawatan cina ini telah banyak dilupakan oleh pengamal-pengamal perubatan cina pada zaman sekarang.
Objektif sebenar wakil dari luar negara itu adalah untuk melihat dan membandingkan serta mengumpul ilmu amalan perubatan Malaysia dengan luar negara. Melalui perbandingan itu perubatan dari negara China masih megamalkan secara praktikal dan menyedari Master adalah salah seorang yang masih mengamalkan perubatan ini secara menyeluruh dan masih mempunyai kemahiran yang sangat berharga untuk di kaji.
|