Kehilangan Pendengaran – Pekak |
Kehilangan pendengaran atau pekak boleh disebabkan oleh pelbagai sebab yang berbeza, ada yang boleh dibantu dengan ubat atau juga pembedahan, bergantung kepada tahap penyakit itu sendiri. Kehilangan pendengaran menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang tidak dikenali di dunia ini. Mereka akan merasa terpencil kerana apa yang dikatakan kepada mereka, mereka tidak akan faham atau sering disalah tafsir. Terdapat tiga jenis kehilangan pendengaran:
Tiga jenis kehilangan pendengaran:
- Kehilangan Pendengaran Konduktif
- Kehilangan pendengaran yang disebabkan oleh masalah dalam telinga tengah dan luar.
- Kebiasaannya mempengaruhi semua gelombang bunyi dan tidak teruk.
- Kehilangan Pendengaran Sensorineural (SNHL)
- Kehilangan pendengaran yang disebabkan oleh masalah di telinga dalam atau saraf ‘auditory’.
- Menerima gelombang bunyi dengan tidak jelas kerana tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran.
- Kehilangan Pendengaran Campuran
- Merujuk kepada gabungan kehilangan pendengaran konduktif dan sensorineural. Ini bermakna bahawa mungkin ada kerosakan pada telinga luar atau tengah dan telinga dalam (koklea) atau saraf auditori.
Kehilangan Pendengaran Konduktif atau Pekak |
Punca-punca kehilangan pendengaran konduktif atau pekak adalah:
- Kecacatan telinga luar, saluran telinga, atau struktur telinga tengah.
- Cecair dalam telinga tengah dari selsema.
- Jangkitan telinga (otitis media – jangkitan telinga tengah di mana pengumpulan cecair boleh mengganggu pergerakan gegendang telinga dan Osikel.
- Alahan.
- Tiub Eustachio yang tidak berfungsi dengan baik.
- Gegendang telinga berlubang.
- Tumor benigna.
- Tahi telinga yang terjejas.
- Jangkitan pada saluran telinga.
- Benda asing di dalam telinga.
- Otosclerosis.
Kehilangan Pendengaran Sensorineural atau Pekak |
Punca-punca kehilangan pendengaran sensorineural atau pekak adalah:
- Pendedahan kepada bunyi yang kuat.
- Mengalami kecederaan kepada kepala.
- Virus atau penyakit.
- Penyakit autoimun telinga dalam.
- Masalah kehilangan pendengaran dalam keluarga.
- Penuaan (presbycusis).
- Kecacatan telinga dalam.
- Penyakit Meniere.
- Otosclerosis – satu penyakit keturunan di mana bentuk pertumbuhan bertulang sekitar tulang kecil di telinga tengah, mengelakkannya daripada bergetar apabila dirangsang oleh bunyi.
- Tumor.