Apakah ketulan pada payudara yang tidak berbahaya?
Kebanyakan ketulan pada payudara adalah tidak berbahaya (bukan kanser).
Ramai wanita mempunyai ketulan pada payudara: Banyak ketulan atau nodul pada wanita akan didapati pada tisu payudara yang normal di mana akan lebih menonjol hanya sebelum datang haid.
Ketulan pada payudara selalunya dipanggil fibrocystic atau fibroadenosis.
Dua sebab umum bagi ketulan adalah fibroadenomas dan cysts.
Fibroadenomas - Ketulan Pada Payudara |
Fibroadenomas
Ketulan ini adalah bukan sejenis penyakit tetapi tumor payudara yang tidak berbahaya hasil daripada kelenjar dan gentian tisu payudara.Fibroadenomas selalu terjadi kepada wanita yang berumur bawah 30 tahun.
Fibroadenomas boleh bergerak di mana sahaja pada payudara anda dan hanya dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan doktor dan ujian ultrasound.
Cysts - Ketulan Pada Payudara |
Cysts
Cysts adalah lembut,ketulan yang bergerak dan sesetengah itu boleh dilihat dengan jelas menerusi kulit anda dan kadangkala anda mungkin terasa sakit.
Cysts boleh didiagnosis dengan ultrasound atau dengan memasukkan jarum ke dalam ketulan tersebut semasa pemeriksaan.