|
Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba |
|
|
|
|
|
|
|
Sindrom Asperger |
Penghidap sindrom asperger mempunyai ciri yang pelbagai dari peringkat sederhana kepada tahap yang lebih serius. Penghidap penyakit ini cenderung kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Biasanya penghidap asperger sindrom ini mempunyai masalah dalam menghadapi sesuatu perubahan dan lebih sukakan kepada rutin yang sedia ada.
Penghidap penyakit ini tidaklah seteruk penyakit Autisme. Penghidap penyakit ini menghadapi masalah seperti gangguan komunikasi, interaksi sosial (norma sosial). Keadaan ini memberi kesan kepada pergaulan dan kesesuaian dalam bermasyarakat. Mereka akan bersikap lebih peka terhadap bunyi, rasa, bau dan cahaya dan keadaan ini boleh menggangu mereka. Kebanyakan kanak-kanak ini mempunyai perilaku yang jauh berbeza daripada kanak-kanak seusia mereka. Tahap IQ mereka lebih tinggi di bandingkan kanak-kanak lain. Ia disebabkan kelainan neurological dan bukan di sengajakan.
Sesetengah kanak-kanak ini mempunyai obsesi sesuatu pekara yang menjadi kanak-kanak itu mengetahui sesuatu pekara secara teperinci. Sebagai contoh; kanak-kanak itu lebih berminat terhadap buku dan komputer dari bermain bersama kanak-kanak seusianya. Mereka lebih berminat terhadap kereta, muzik dan lain- lain lagi.
Gejala pada Kanak-kanak
- Tidak mempunyai hubungan mata yang nyata. Mereka akan hanya menatap ke arah lain.
- Tidak suka mengubah rutin mereka.
- Mempunyai postur atau ekspresi muka yang abnormal.
- Akan menjadi lebih terangsang atau menjadi sangat sensitif pada cahaya, bunyi bising yang kuat, dan tekstur atau rasaan yang kuat.
- Sentiasa berada dalam keadaan komunikasi sebelah pihak sahaja.
- Hanya berbicara tentang subjek kegemaran mereka sahaja.
- Lambat untuk belajar seperti bagaimana cara menangkap bola, mengayuh basikal, menggunakan sudu dan garpu, ataupun menulis kerana perkembangan motor mereka terbantut.
- Mereka mungkin kurang kemahiran sosial kerana mereka tidak memahami perbualan dan juga perilaku orang lain.
- Mereka tidak dapat mengenalpasti intonasi suara. Jadi, mereka tidak tahu sekiranya seseorang itu sedang marah atau bergurau.
Gejala pada Reamaja
- Mereka akan terus mengalami masalah dalam memahami perilaku orang lain walaupun mereka boleh mula mempelajari kemahiran sosial yang tidak mereka miliki.
- Merasa sangat malu apabila cuba mendekati remaja lain walaupun mereka benar-benar inginkan teman.
- Menjadi naif dan terlalu mempercayai menyebabkan mereka kelihatan tidak matang dan mudah untuk dibuli.
- Sesetengah remaja asperger mungkin mempunyai teman rapat semasa di sekolah tetapi mereka biasanya tidak berminat dengan norma-norma sosial, mod, ataupun pemikiran konvensional. Ini membolehkan mereka mempunyai pemikiran kreatif dan mencapai matlamat serta minat mereka.
Gejala pada Usia Dewasa
Walaupun sindrom asperger dialami seumur hidup, mereka masih dapat memahami kekuatan dan kelemahan mereka. Mereka juga boleh berkahwin dan mempunyai anak.
Oleh sebab sikap mereka yang memberi sepenuh perhatian terhadap sesuatu, mereka lebih cenderung untuk berjaya sama ada di universiti ataupun dalam kerjaya mereka. Kebanyakan orang yang mempunyai sindrom asperger lebih tertarik kepada teknologi. Jadi, tidak hairanlah sekiranya mereka memilih kejuruteraan sebagai bidang kerjaya mereka.
|
THE TOLE Neuro Acupuncture & HERBAL MEDICAL CENTRE SDN BHD.
Lot 2.01, 2nd Floor,
Medical Specialist Floor,
Menara KH (Menara Promet),
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel No : +603-21418370 / +603-21451671
Whatsapp (sahaja): +6012-7688284
|
|
|
|
|
Cara paling mudah untuk menghubungi kami, klik di bawah! |
|
|
|
Kami boleh menghantar herba ke rumah anda melalui: |
|
|
|
Kami menerima kaedah pembayaran seperti berikut di pusat akupuntur kami. Untuk Pembayaran Atas Talian, sila gunakan Pemindahan Langsung. |
|
|
|
Majlis Perasmian Pusat Akupuntur The Tole |
Pusat akupuntur kami telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia iaitu YAB Dato' Lee Kim Sai pada 31 Januari 1993. |
YAB Dato' Lee Kim Sai dan Dato' Leong Hong Tole (D.S.T.M) - [Juga dikenali sebagai MasterTole] |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kongsikan dengan rakan-rakan anda. |
|
Mereka mungkin memerlukan bantuan kami! |
|
|
The Tole telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan.
|
|
|
|
Berita The Star |
|
The Star melaporkan mengenai MASTER tentang akupunktur dan herba pada 5 Feb. 2011 |
|
|
|
|
|
|
|
Hubungi
Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba |
THE TOLE
Neuro Acupuncture-HERBAL MEDICAL
CENTRE SDN BHD
Lot 2.01, 2nd Floor, Medical Specialist Floor, Menara KH (Menara Promet), Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel: +603-21418370
+603-21451671
Whatsapp (sahaja): +6012-7688284
* E-mail kepada Master dan Pembantu. Untuk pertanyaan sila e-mail
|
|
|
|
|
Penginapan
Berita Terbaru
Neuro Akupunktur dan Ubatan Herba |
|
KONDOMINIUM |
|
|
|
|
|
Cara paling mudah untuk menghubungi kami, klik di bawah! |
|
|
|
|