Masalah Kebimbangan

Apa itu Masalah Kebimbangan?

Panik akut yang luar biasa, disertai oleh gejala-gejala fisiologi. Serangan panik boleh berlaku pada mana-mana jenis penyakit atau keadaan cemas, biasanya tindak balas atau reaksi kepada sesuatu keadaan yang berkaitan dengan ciri-ciri utama penyakit ini. Sebagai contoh, orang yang takut kepada ular akan berasa panik apabila berhadapan dengan ular. Walau bagaimanapun, panik ini adalah berbeza daripada panik spontan dan tanpa pemula, seperti yang berlaku pada individu yang mempunyai masalah atau penyakit panik.

Apakah Punca Masalah Kebimbangan?

Antara punca-punca kemurungan adalah seperti berikut:

  • Masalah keluarga yang dapat menyebabkan ahli keluarga merasa tertekan, terpencil dan kekurangan kasih sayang.
  • Konflik rumahtangga seperti suami yang menipu atau lain-lain tragedi yang membawa kepada perceraian.
  • Masalah genetik atau faktor keturunan di mana terdapat ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan mental.
  • Kehilangan sesuatu atau seseorang yang tercinta yang membuatkan pesakit sentiasa mengingati atau membayangkannya sepanjang masa. Selalunya, kehilangan tersebut adalah sesuatu yang terjadi di luar jangkaan seperti kematian.
  • Perubahan drastik dalam keadaan persekitaran dan sangat berbeza daripada cara hidup pesakit sebelumnya. Terutamanya apabila perubahan berlaku tanpa sokongan ahli keluarga atau kawan rapat.
  • Masalah ini sering berlaku di kalangan pelajar universiti yang belajar di luar negara yang mempunyai perbezaan yang sangat ketara dalam iklim, makanan, bahasa, agama dan budaya.
  • Perasaan rendah diri yang terlalu tinggi dalam diri pesakit sehingga mereka tidak mempunyai keyakinan untuk melakukan sesuatu. Mereka merasakan bahawa apa yang mereka lakukan adalah tidak sebaik orang lain dan pasti akan gagal.
  • Masalah yang terlalu banyak untuk ditanggung juga boleh menyebabkan seseorang itu jatuh ke dalam kemurungan seperti masalah kewangan yang meruncing menyebabkan bankrap atau muflis.
Gejala-Gejala Masalah Kebimbangan

Kebimbangan atau serangan panik adalah perkara biasa dan lazim bagi kebanyakan wanita. Penyakit panik biasanya berlaku pada akhir remaja dan awal dewasa. Tanda-tanda kebimbangan adalah seperti:

  • Sesak nafas.
  • Sakit dada.
  • Tercekik.
  • Tercungap-cungap
  • Perasaan takut menjadi gila.
  • Rasa yang tidak benar atau pelik.
  • Rasa persekitaran seperti berpusing-pusing dan hilang kesedaran.
  • Loya, sakit perut atau cirit birit
  • Kebas.
  • Berdebar-debar (rasa denyutan jantung yang cepat dan kuat)
  • Mengalami kemerahan atau muka pucat.
  • Menggigil atau terkejut.
  • Berpeluh.
  • Menggeletar atau menggigil.

Comments are closed.